Thursday, July 15, 2010

Mesin Drill

14 Julai.


Aku membuat percubaan secara rasmi menggunakan mesin drill yang telah kubeli beberapa hari lalu. Dengan membaca sedikit sebanyak panduan pada kertas yang disertakan dalam kotak pembelian. Kemudiannya cuba mendapatkan sedikit-sebanyak panduan penggunaan di dalam internet seperti youtube. Tidak ketinggalan juga aku cuba bertanya kawan-kawan di pejabat tentang petua-petua yang wajar. Akhirnya aku mampu juga menebuk dengan sempurna tile bilik air untuk kuletakkan saluran paip air aluminium.

Pertama kali aku telah melakukan percubaan sekadar mencuba-cuba selepas pembelian hari itu. Aku cuba menebuk papan siling dan diikuti dengan serpihan tile. Ternyata berjaya walaupun tidak begitu kemas dan halus. Tidak tahu pula sepatutnya kena kunci mata drill dengan kunci yang telah dibekalkan. Sebab itulah aku dapati mata yang kugunakan itu bergerak-gerak! Itulah akibatnya kalau bertindak tanpa ilmu dan guru.

Kerja-kerja macam ini adalah sesuatu yang sangat asing dalam hidupku. Duniaku adalah pen, kertas dan komputer. Tidak pernah pun terlintas dibenakku untuk melakukan kerja-kerja yang lebih kepada kemahiran kerjatangan secara teknikal ini. Selalunya secara mudah aku akan cari tukang yang berpengetahuan untuk melakukannya dan aku bayar bayaran perkhidmatan mereka. Mudah. Tapi entah bagaimana timbul seperti satu kemahuan yang tinggi untuk memiliki peralatan-peralatan yang boleh kulakukan sendiri kerja-kerja kecil yang tidak perlu bersusah-payah mencari dan mengupah orang lain.

Bila aku dapat melakukannya sendiri timbul pula minat dan perasaan seronok untuk terus melakukannya! Langkah penjimatan yang efektif!!

No comments:

Post a Comment