7.7.2010: 8.30 malam.
Pencapaian Farah Izzati yang merosot dalam BM ketika menduduki Ujian Pentaksiran 3 mendorong semangat untuk mendapatkan bahan rujukan yang lebih dan up to date. Kami bergegas selepas solat Maghrib ke Popular Book Store City Plaza.
Sukar mendapat parking dan terpaksa naik parking ke tingkat atas. Ternyata tingkat tiga dan empat kosong dan gelap. Kami turun kembali ke tingkat dua yang masih ada beberapa buah kereta di situ. Masuk melalui pintu sisi dan cuba mencari laluan ke City Plaza. Hanya terdapat satu dua kedai sahaja yang masih berurusniaga di ruang City Point lama itu. Di satu selekoh dihujung kedai kasut terpandang lif yang masih bercahaya diluarnya. Kami terus sahaja menuju ke lif dan terus masuk.
Farah menekan butang lif ke tingkat 3. Tiada respon. Beberapa detik kemudian dia menekan lagi. Ternyata lif masih tidak bergerak. Aku cuba menekan butang lif secara rambang. Juga tanpa tindakbalas.
Wajah Farah berubah. Terpacul panggilan antara kedengaran dan tidak nama abah. Bercampur nada antara takut berbaur kerisauan. Ibunya beristighfar dengan nafas yang agak berbeza dari biasa. Ketakutan. Apa tidaknya! Lif yang terperosok entah disudut mana kami pun tidak pasti. Orang ramai atau pengawal keselamatan tiada. Hanya kami sahaja yang entah bagaimana tiba-tiba begitu berani sangat masuk ke situ tanpa mengetahui laluan sebenar hala yang hendak dituju untuk ke Popular Book Store.
Dalam masa 60 saat pun hati sudah menjadi tidak keruan bilamana insiden sebegitu berlaku secara tidak disangka-sangka. Aku menahan rasa bimbangku. Suara anakku kedengaran "abaah" "abaaaah"..perlahan dan sayu. Isteriku beristighfar berselangseli. Lemah dan cemas. Aku tabahkan hati dan cuba lagi menekan butang lif secara rambang..lebih kuat dari awalnya. 3 dan empat. Ada respon. Lampu merah muncul disekeliling butang angka 4 yang ditekan. Terasa lif bergerak naik. Lega sedikit.
Pintu lif terbuka. Diluar gelap. Anak dan isteriku kembali cemas. Nasib baik lampu dalam lif masih berfungsi. Tekan pula angka 3. Lif tertutup dan turun. Terbuka pintu di tingkat tiga. Suasana diluar ruang lif gelap pekat juga. Apa sudah jadi?! Gelabah dengan perasaan bercampur-baur. Suasana sepi dan gelap diluar menambahkan rasa berkecamuk dalam ruang diri masing-masing antara kami.
"Turun jer ler" kata isteriku. Farah terus saja diam tanpa suara lagi. Aku tekan angka 2 untuk meengambil laluan awal pintu masuk tadi. Alhamdulillah! terbuka pintu di tingkat dua. Kelihatan lampu kedai kasut masih lagi bercahaya. Bandaraya Alor Setar yang sememnagnya mati bila malam hari. Sedangkan waktu itu belum pun pukul 9 malam.
Melangkah keluar dari lif. Terasa lega. Farah menarik nafas dengan wajah yang kembali ceria. Halijah berjalan bertenaga biarpun lutut hampir lemah tadi.
Terus ke kereta. Turun dan terus keluar. Parking attendant tidak mengambil bayaran apa-apa. Rasanya masa kejadian masuk dan keluar kembali berlaku dalam tempoh 15 minit begitu sahaja. Namun detik-detik cemas yang berlaku dalam suasana yang tidak terduga menimbulkan fenomena yang meninggalkan kesan ketakutan yang bukan kepalang sebenarnya.
Keluar dan kemudiannnya mencari laluan luar yang lebih selamat dilaluan orang ramai untuk naik ke Popular Book Store di tingkat 4 City Plaza. Sampai juga kesana dan sempat mendapatkan beberapa buku yang diperlukan....