Wednesday, November 10, 2010
Thursday, July 15, 2010
Mesin Drill
Pertama kali aku telah melakukan percubaan sekadar mencuba-cuba selepas pembelian hari itu. Aku cuba menebuk papan siling dan diikuti dengan serpihan tile. Ternyata berjaya walaupun tidak begitu kemas dan halus. Tidak tahu pula sepatutnya kena kunci mata drill dengan kunci yang telah dibekalkan. Sebab itulah aku dapati mata yang kugunakan itu bergerak-gerak! Itulah akibatnya kalau bertindak tanpa ilmu dan guru.
Kerja-kerja macam ini adalah sesuatu yang sangat asing dalam hidupku. Duniaku adalah pen, kertas dan komputer. Tidak pernah pun terlintas dibenakku untuk melakukan kerja-kerja yang lebih kepada kemahiran kerjatangan secara teknikal ini. Selalunya secara mudah aku akan cari tukang yang berpengetahuan untuk melakukannya dan aku bayar bayaran perkhidmatan mereka. Mudah. Tapi entah bagaimana timbul seperti satu kemahuan yang tinggi untuk memiliki peralatan-peralatan yang boleh kulakukan sendiri kerja-kerja kecil yang tidak perlu bersusah-payah mencari dan mengupah orang lain.
Bila aku dapat melakukannya sendiri timbul pula minat dan perasaan seronok untuk terus melakukannya! Langkah penjimatan yang efektif!!
Wednesday, July 14, 2010
Farah Izzati - kemuncak penghargaan di SKHK 2010
Lebih membanggakan aku diberi pula satu penghormatan khas untuk naik ke pentas utama untuk satu anugerah berprestij menobatkan anakku sebagai Tokoh Nilam dan Tokoh Murid. Turut sama isteriku.
Tahniah bertali-arus dari pelbagai pihak. Guru-guru & teman rakan. Siapa-siapa juga yang ringan lidah dan mudah senyum juga tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah. Ya, Alhamdulillah.
Thursday, July 8, 2010
Cemas 7 Julai 2010!
Friday, May 14, 2010
Projek Tambah Rumah
Wednesday, March 24, 2010
KURSUS PEMBANTU & PENYELIA LADANG
Ucapan aluan oleh Sani Wahi dan Perasmian oleh Hj Taharuddin Ghazali.
Petikan dari ucapanku:
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan yang lebih spesifik dan efektif tentang bidang tugas dan kerja masing-masing. Penceramah yang berautoriti dari jabatan-jabatan yang mempunyai hubungkait rapat dengna Bernas spt. MARDI dan MADA & pegawai-pegawai BERNAS sendiri yang mempunyai pengalaman luas juga akan berkongsi idea dan pandangan mereka.
Jadikanlah kursus ini sebagai forum yang terbaik untuk belajar dan mendapatkan pengisian ilmu bagi manafaat bersama.
Kitalah anak-anak Bernas yang mempunyai kekuatan untuk membina dan memajukan syarikat kita.
"Selagi kita mahu,
selagi ada rindu,
biar beribu batu,
sasaran kita tuju".
Jadikanlah kursus ini untuk belajar dan mencerna ilmu ...bila turun ke padang kita adalah pegawai-pegawai bernas yang cukup berintegriti, bersedia, bermotivasi tinggi membawa mesej dan imej bernas.
Buku Ladang Saya
mesti update hari-hari
Pakai lebai lawa-lawa
kerja kuat utamakan kualiti.
Sajak santai (penutup majlis perasmian):
Sudah berapa kali bos bilang, mesti buat begitu begini
Sudah berapa kali bos bilang, mesti buat begitu!
Sudah berapa kali bos bilang, mesti buat!
Sudah berapa kali? bos bilang - mesti?
Sudah berapa kali bos bilang?!
Sudah berapa kali bos??
Sudah berapa kali!??
Sudah berapa??
Sudah!!!!
(sudah habis)
Petikan:
Kata Sani Wahi: Slogan " Kualiti Bermula dari Ladang" adalah asas bertindak bagi semua petugas ladang dalam fasa yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan PRL.
Kata Hj Taha: "Buku Ladang Saya" mesti dibawa kemana saja. Kena pakai lebai dan bawa alatan solat. Kena belajar solat ikut fasa mengikut program yang akan diedarkan!
Sunday, January 24, 2010
Bertangguh: sikap tidak senonoh!
“Kerja bertangguh tak menjadi’. Demikian kata pepatah Melayu. Sikap bertangguh yang membudaya dalam jiwa seseorang memerlukan perhatian dan perancangan yang lebih teliti untuk mengatasinya. Bukan sesuatu yang mudah untuk keluar dari kebiasaan yang menjadi format dan lumrah amalan harian melainkan dengan suatu tekad yang kuat dan penuh kesungguhan untuk berhijrah atau berubah.
Amalan-amalan rutin dalam Islam yang dikenali dengan nama ibadah seperti solat lima waktu, puasa dan zakat adalah suatu terapi bagi proses pengikisan sikap bertangguh ini. Sumber asas dalam agama samada dari al-Quran dan al-Hadis menggesa supaya penganut Islam senantiasa memberikan perhatian bagi melaksanakan ibadat diawal waktu.
Sikap melewat-lewatkan masa dalam beribadah tidak langsung mendapat tempat terpuji malah dijanjikan dengan kehinaan. Sikap itu menggambarkan kelemahan dan kurang bertanggungjawab dalam tindakan dan perancangan. Melewatkan tugasan yang penting seolah-olah mensia-siakan amanah. Mencari ruang saki-baki masa diakhir waktu-waktu yang dianggap penting dan perdana sudah tentu menggambarkan sikap kita suka mengabaikan keutamaan dan tidak langsung bermotivasi dalam hidup!

