Hari ini aku mengambil keputusan untuk bercuti. Sengaja berbuat demikian sebagai tanda penghargaan untuk anakku Farah Izzati yang terlibat dengan beberapa pengiktirafan sekolah di Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Hutan Kampong bagi tahun 2010.
Lebih membanggakan aku diberi pula satu penghormatan khas untuk naik ke pentas utama untuk satu anugerah berprestij menobatkan anakku sebagai Tokoh Nilam dan Tokoh Murid. Turut sama isteriku.
Tahniah bertali-arus dari pelbagai pihak. Guru-guru & teman rakan. Siapa-siapa juga yang ringan lidah dan mudah senyum juga tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah. Ya, Alhamdulillah.

Padaku pencapaian anakku yang bongsu ini sebagaimana yang diberi pengiktirafan pada hari ini adalah satu kebanggaan yang tidak terucapkan. Satu nikmat anugerah Ilahi yang sewajibnya disyukuri!
Anakku! kekalkan dan tingkatkan prestasimu. Gilap dan cernakan bakat dan kebolehanmu untuk terus mencipta kecemerlangan di masa mendatang. Laluan masadepan di sekolah menengah dan seterusnya tidak menjanjikan sesuatu yang mudah untuk ditembusi melainkan dengan azam, kekuatan diri, semangat dan keyakinan yang mantap untuk sentiasa mahu bersaing tanpa putus-asa. Jangan mudah tertipu dengan pelbagai halangan keduniaan yang tidak pernah sedetik pun melupakan untuk merosak dan melemahkan kita. Gunakan segala kemudahan yang ada untuk membantu mencapai matlamat. Kekuatan untuk manapis dan menepis semua halangan negatif adalah sikap yang amat proaktif. Ingatlah hidup ini bukan sesuatu yang mudah! Abah hanya bisa berpesan & berdoa untuk kebaikan dan kesejahteraan anak-anak abah semuanya....
No comments:
Post a Comment