Kehidupan dewasa ini terlalu menuntut kedewasaan. Kedewasaan dalam berfikir, merancang dan bertindak. Kemodenan, gaya hidup dan perubahan akan membuatkan kita ketinggalan jika kita gagal beraksi secara rasional dan bijak.
Pencernaan ilmu dan maklumat yang ada di dalam diri kita bukan semata-mata untuk melayakkan kita boleh disenaraikan dipasaran kerjaya demi survivaliti tetapi yang lebih penting ianya mesti boleh memantapkan makna kemanusiaan di dalam diri kita sendiri.
Maksudnya kita mesti sedari bahawa kita ini makhluk yang dihantar kedunia ini untuk satu siri ujian dari Tuhan. Kita pasti akan kembali kepadaNya. Oleh itu ilmu mesti disepadukan dengan iman dan akhlak yang bakal mengangkat diri kita menjadi insan yang dijanjikan kemuliaan di sini dan di sana. Jangan sama sekali melupakan bekalan yang mesti kita bawa disepanjang perjalanan yang panjang ini. Berbaktilah kepada sesama insan.
No comments:
Post a Comment